Skip to main content



Bismillahirahmanirahim...



 Assalamualaikum


Pernah tak kita rasa sedih, menyampah, benci, dendam dan sebagainya. Kita cuba pendam semua yang kita rasa kerana ingin bersifat positif.


Perasaan ibarat tetamu untuk menyampaikan mesej/ pesanan penting kepada kita. Emosi atau perasaan negatif ini juga adalah satu cara untuk kita tahu apa yang berlaku dalam diri kita.

❤️Jangan abaikan, terima dan alu-alukan kedatangan mereka.
💋Tanyakan soalan yang betul, apa pesanan yang dibawa oleh perasaan ini?
😢Kalau sedih mungkin kita rasa lega dengan menangis.
😘Perasaan ini adalah satu cara untuk kita melindungi diri, bukan untuk diabaikan.
😉Katakan terima kasih pada perasaan ini, kerana hadir menyampaikan pesanan berguna buat diri ini.

Tanyakan pada diri:

Aku marah kerana .........................
Aku sedih kerana ..................................
Aku benci kerana ..........................

Kita membina kesedaran dalam diri untuk memahami apa yang berlaku dalam diri ini. Apabila kita sedari setiap perasaan-perasaan yang hadir untuk diproses barulah hadir rasa lega itu.

Perasaan untuk diproses bukan untuk dilepaskan pada orang lain. Fahami setiap mesej yang disampaikan barulah kita mampu merasa selamat dan mengatur langkah seterusnya. 


Comments