Posts

Bismillahirahmanirahim...  Assalamualaikum Pernah tak kita rasa sedih, menyampah, benci, dendam dan sebagainya. Kita cuba pendam semua yang kita rasa kerana ingin bersifat positif. Perasaan ibarat tetamu untuk menyampaikan mesej/ pesanan penting kepada kita. Emosi atau perasaan negatif ini juga adalah satu cara untuk kita tahu apa yang berlaku dalam diri kita. ❤️ Jangan abaikan, terima dan alu-alukan kedatangan mereka. 💋 Tanyakan soalan yang betul, apa pesanan yang dibawa oleh perasaan ini? 😢 Kalau sedih mungkin kita rasa lega dengan menangis. 😘 Perasaan ini adalah satu cara untuk kita melindungi diri, bukan untuk diabaikan. 😉 Katakan terima kasih pada perasaan ini, kerana hadir menyampaikan pesanan berguna buat diri ini. Tanyakan pada diri: Aku marah kerana ......................... Aku sedih kerana .................................. Aku benci kerana .......................... Kita membina kesedaran dalam diri untuk memahami apa yang berlaku dalam diri ini. Apabila kita sedar
Recent posts